Dashboard | +Follow
Like A Paradise
Noura University Arab Saudi
Tuesday 27 May 2014 • 17:54 • 0 comments



"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah..Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi.satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini. Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian,diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan. Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini.”

(Abul A'ala Al-Maududi)

Penting bagi kita untuk tajdid niat selalu. Tak mengapa ARAB SAUDI,izinkan saya habiskan STAM dahulu :')



xoxo, The Shining Star
i know you are better than me
Wednesday 31 July 2013 • 19:50 • 0 comments

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful,

Something happen.I don't know what happen to my heart and feeling.Something like depressed,down and I don't know why.I know you are much better than me.But,I must feel Grateful and Syukr to Allah for giving me everything.O' Allah,I don't want to stepback at my shoulder's friend.She or might he was a good person.I always pray for his or her victory.I know that he or she can be the best for his or her good and own life.

And I know Allah never want to burden me.Thanks for making me like this.Maybe you want to motivate me as I know that I were trying to be an excellent person.Inshaa Allah.I don't want you to hate me.I want you to love me.Sincerely.Yes.I hope you can realize your dream.No.Our dream.Our dream to see Ummah will unity for one more day.Ummah will lead this world.For one chance,I want you to know that I love you very much as your friend.Thanks for everything.

xoxo, The Shining Star
Apabila hajatku menggunung...
Monday 31 December 2012 • 02:58 • 0 comments

Apabila hajatku menggunung,
ibadahku pula tidak sebaik mana 
maka akan terbitlah rasa malu
untuk terus meminta dariMu
sedangkan hajatku
diminta kerana aku kesedihan
diminta ketika aku kesusahan
diminta jika aku memerlukan

ya Allah,
maafkanlah aku
ampunilah aku
jika lidahku sentiasa mengalun lagu
lidahku sering lalai untuk berzikir namaMu
dan tanganku
melanggar segala laranganMu
membelakangi engkau dengan membuat sesuatu
yang boleh membuatkan Engkau murka padaku
juga mataku
Engkau menghadiahkannya dua bukan satu
tapi aku mensiakan nikmat itu
dengan melihat perkara yang lagha bagiku
Akalku
ku tidak salurkan sepenuhnya
demi membangunkan agamaMu
untuk menegakkan syiar Islam
bersama rakan dalam fikrah perjuangan

Meski hajatku menggunung
Kau terimalah segalanya dariku
solatku,ibadatku,
hidup dan jua matiku
hanyalah untukMu,ya Allah..

ya Rabbal A'lamin
tahun bersilih ganti
hari menghitung hari
aku semakin mendaki
umurku yang hampir meninggi
sedangkan aku jauh sekali
untuk aku mengingati mati
sedangkan sakaratul maut
tidak mengira waktu
malaikat juga boleh menjemputku
dalam keadaan aku tersemu...! 



 









xoxo, The Shining Star
KHOTAM VS KHATAM!
Wednesday 28 November 2012 • 20:43 • 0 comments

kalau orang tanya "Hadfina,bila awak nak khatam" "Hadfina,awak dah khatam belum ?" "Saya tak sabar sabar nak tengok akak khatam" My heart feels happy and lappy. Lappy of what ?Rasa bangga mungkin sebab ada yang bertanya walau hati janggal untuk mengatakan YA !~

Suatu hari yang kurasakan indah,ada yang mendedahkan.Khatam tu maksudnya cap mohor je.WHAT ?Selama ini aku sudah tersalah anggap.Terima kasih,Allah!~You are so sweet,,

Khotam pula baru bawa erti yang sebenar,Sebut pun agak susaah bukan ?itu sebenarnya,Tanggungjawab.

assalamualaikum
till then
luv blogger :)

xoxo, The Shining Star
Umpama buih ~
Tuesday 23 October 2012 • 06:59 • 0 comments

Allah,
tika aku membaca ayatMu,
tika aku mengalunkan kalamMu,
ada aksara kata datang menerjah,
mengapa engkau perlu berpayah ?
dalam memelihara aku ?
dalam menjaga amanahmu ?
tidakkah engkau mengetahui
betapa sukarnya memiliku 
betapa pahitnya memikul amanahku

Allah,
tika diri ini asyik dengan mengingatiMu
tika hati tekun menyebut namaMu
ada soalan datang bertanya,
mengapa engkau bersusah
dalam menyucikan hatimu ?
dalam membersihkan dirimu ?
tidakkah engkau mengerti
betapa sukarnya memiliki sekeping hati yang suci ?

Allah
tika aku bersendirian 
ku teringat
sabdaan Rasulullah juga kekasihMu,
"Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah 
saw. bersabda;"Hampir tiba suata masa
di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia
akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orang-orang yang hendak makan mengerumuni
talam hidangan mereka". Maka salah
seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana
kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab,
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi
kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t.
akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati
musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan
ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
ingin aku merungkai persoalan,
adakah aku yang dimaksudkan itu ?
adakah aku yang bernama buih itu?
lalu sungguh
fikiranku buntu
hatiku malu
layakkah aku ?

Allah.
lazimkan aku untuk terus mengingatiMu
tetapkan hatiku dalam agamaMu
kerana aku yakin dan percaya
Engkau setia disampingku
selagimana hambaMu masih berharap padaMu !





xoxo, The Shining Star
Dia itu aku !
Saturday 29 September 2012 • 08:59 • 0 comments

Allah,
saban hari waktu berlalu,
aku masih tersenyum kaku,
meniti laluan hidup yang masih jauh berliku,
tetapi mindaku,
masih terperangkap dengan kisah lalu,
mesih terbayang sketsa nostalgia dahulu

Allah
dikala orang lain bergembira
dikala orang lain yang hatinya penuh cinta
dan aku
masih mampu untuk teguh berdiri
masih gagah untuk menggerakkan dengan kendiri
tetapi siapakah yang mengetahui segala isi hati ?

Allah
kenapa diriku
masih terbayang dosa silamku
adakalanya hatiku rapuh dengan ketentuanMu
mengapa aku terlalu jahil untukMu
terkadang hatiku sungguh malu
aku tidak mampu untuk membayangkan
bagaimana keadaan diriku
pada hari ketentuanMu
dimana pada hari itu
seluruh tanganku,kakiku,anggota badanku
menjadi saksi atas segala kelakuanku

Allah
terimalah taubat dan air mataku
aku akui
aku bukanlah seorang Rabiatul Adawiyah
jauh sekali seperti Saidatina Khadijah
tetapi aku mohon,ya Allah
KUATKAN HATIKU DALAM MENGHADAPI SEGALANYA !






xoxo, The Shining Star
Aku dan F
Friday 28 September 2012 • 02:58 • 0 comments

Aku hanyalah manusia.Punya rasa,punya cinta.Katanya yang dahulu mampu menggetarkan jiwa.Semangatnya terkadang mengalir kepada diriku jua.Ahh,sukarnya menjaga hati.Bagaimana untuk aku positifkan segala cinta.Aku tidak mampu untuk berdusta pada diri.Aku terkadang suka terkadang geram dengan F ini.Letih untuk aku menetapkan satu perasaan kepadanya.Tetap.Tidak berubah.Minat.Tidak mudah mengalah.Sehinggakan mama suatu hari pernah berkata 'yang penting kena minat dia dahulu'.Dan baru aku faham,seterusnya aku akan suka seterusnya berusaha untuk menggapainya :D

Terkadang ada orang menawarkan hadiah jika aku mendapatnya.Ya,aku bahagia.Tapi terkadang hatiku luka.Ada orang yang lebih layak.Atau istilah lain pandai memikat hatinya.Dan orang itu berada dihadapanku!.Tapi aku tidak akan mudah mengalah.Meski terlewat,tapi aku berjaya juga mendapatkannya.Sekurangnya aku menjadi orang yanag berkebolehan.Dan aku pasti,kejayaan akan datang terus mengejar kita.Rasaku bahagia dan bahagia itulah yang membahagiakan aku.

Dan kini,berkat sokongan guru,diri dan rakan,aku semakin menyayangi F ini.Aku bersyukur kerana mengenali F pada tahun ini.Terima Kasih,F!Aku akan berusaha untuk memperoleh F untuk melihat ibuku tersenyum bangga dengan anak sulungnya.InsyaAllah.
Apakah bagaimanakah mengapakah F itu ?








F itu ialah.....











FIZIK!













xoxo, The Shining Star



About Me

Hadfina Sarfina | SPM candidate | Wanna be the best among the best | Try not feel regret or might sad | Try to be a solehah person



« Go back to entries
« Look her profile
« Anything here

Music Of Me


[!] IMPORTANT [!]


Back to past



Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : YOUR NAME
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google