Apabila hajatku menggunung...
Monday 31 December 2012 • 02:58 • 0 comments
Apabila hajatku menggunung,
ibadahku pula tidak sebaik mana
maka akan terbitlah rasa malu
untuk terus meminta dariMu
sedangkan hajatku
diminta kerana aku kesedihan
diminta ketika aku kesusahan
diminta jika aku memerlukan
ya Allah,
maafkanlah aku
ampunilah aku
jika lidahku sentiasa mengalun lagu
lidahku sering lalai untuk berzikir namaMu
dan tanganku
melanggar segala laranganMu
membelakangi engkau dengan membuat sesuatu
yang boleh membuatkan Engkau murka padaku
juga mataku
Engkau menghadiahkannya dua bukan satu
tapi aku mensiakan nikmat itu
dengan melihat perkara yang lagha bagiku
Akalku
ku tidak salurkan sepenuhnya
demi membangunkan agamaMu
untuk menegakkan syiar Islam
bersama rakan dalam fikrah perjuangan
Meski hajatku menggunung
Kau terimalah segalanya dariku
solatku,ibadatku,
hidup dan jua matiku
hanyalah untukMu,ya Allah..
ya Rabbal A'lamin
tahun bersilih ganti
hari menghitung hari
aku semakin mendaki
umurku yang hampir meninggi
sedangkan aku jauh sekali
untuk aku mengingati mati
sedangkan sakaratul maut
tidak mengira waktu
malaikat juga boleh menjemputku
dalam keadaan aku tersemu...!
xoxo, The Shining Star
About Me
Hadfina Sarfina | SPM candidate | Wanna be the best among the best | Try not feel regret or might sad | Try to be a solehah person
«
«
«
Music Of Me
[!] IMPORTANT [!]
Back to past
Credits
Edited : YOUR NAME
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google