Kasih yang abadi
Friday, 14 September 2012 • 08:27 • 0 comments
Ramai yang berkata
hidup ini bagai roda
tetapi bagi diriku
hidup ini bagai diriku dengan air laut
perjalanan hidupku bagai satu pertaruhan
ditengah pasang surutnya
semangatku bagai menurut ombak derasnya
ada ketika itu aku berasa tak berdaya menentang
dan tika itu..
aku biarkan diriku hanyut
hanya membuntuti kederasan air bersama cebisan sampah
yang ibarat cemuhan bagi diriku
tetapi apabila ada kekuatan yang mengalir lembut..
aku berusaha menongkah arus..
berpaut pada akar yang ada
seperti aku berpaut pada tali kasih Mu..
Ya Allah..
aku tak pernah menyesali..
ini jalannya bagi diriku
malah aku terimanya dengan hati yang redha..
bukan aku berpasrah,
cuma terkadang hatiku rapuh..
kerna aku bukannya malaikat..
aku hanyalah seorang hambaMu..
yang terpalit dengan beribu noda dan dosa..
sampai aku jadi malu..
Kau terima diri ini seadanya..
Kau lindung diri ini sepenuhnya..
Aku sedar..
taubatku tak seperti insan yang lain
tetapi Kau terimalah air mataku..
sungguhpun terkadang aku ego untuk mendekatiMu..
Kau peganglah raga dan nyawaku..
Kau pelihara hatiku dari penyakit hati..
yang terpenting..
Kau pelihara hati teman-temanku..
Kau pelihara hati teman yang aku sayangi..
meski dia sudah jauh
namun aku percaya..
dia jauh kerana kasihkan tuhannya;Allah AzzaWajalla..
Kau bantulah mereka dalam membawa kalamMu
jangan sampai mereka terpalit dosa..
kerana aku...!
xoxo, The Shining Star
About Me

«
«
«
Music Of Me
[!] IMPORTANT [!]
Back to past
Credits

Edited : YOUR NAME
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google