Sehebat Saidina Ali;Seluhur Saidatina Fatimah
Friday, 11 May 2012 • 08:13 • 0 comments
Satu tajuk yang indah untuk dikupas.Sangat indah.Hebatnya kuasa Allah kerana Dia Maha Adil dalam meletakkan suatu perkara.Dan ingatlah 'lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik'.Allah memujukmu.Pasti ada hikmah mengapa Allah menetapkan sedemikian rupa.Masakan Allah mentadbir sesuatu di alam ini dengan sia-sia?
Oleh itu,didiklah duhai jiwa.Saya akui kita banyak melakukan kesilapan.Termasuk saya.Kalah dengan perasaan sendiri,Gagal dalam melawan segala gejolak hati.Duhai teman,semakin besar kita cuba untuk melawannya,makin besar pahala yang Allah akan beri kerana ia merupakan salah satu medan jihad --->>melawan hawa nafsu<<---Tapi ingatlah Allah menerima taubat hambaNya..selagimana kita belum lagi syirik kepadaNya.Allah rindukan rintihanmu.Maka,menangislah kepadaNya,mengadulah kerana cinta kepadaNya adalah cinta yang hakiki.
Buat muslimin sekalian,anda adalah pemimpin sedunia.Bentuklah diri anda menjadi sepintar Ibnu Abbas atau Saidina Ali untuk mengembangkan syiar Islam di persada dunia.
Buat muslimah sekalian,dirimu umpama mawar yang berduri,Lembutmu bukan untuk dicalari.Ingatlah wanita yang solehah merupakan sebaik-baik perhiasan di muka bumi.
Kedua-dua ikon ini sangat diperlukan bagi melahirkan generasi yang berwawasan di masa akan datang agar syiar Islam kembali bersinar pada masa akan datang kerana Sinar Islam itu tidak akan pernah menjadi sirna.
Jadi,adakah anda mahu berubah?
Saya juga mahu berubah.
Mari kita lakukan anjakan paradigma bersama-sama.
Muhasabah.
xoxo, The Shining Star
About Me

«
«
«
Music Of Me
[!] IMPORTANT [!]
Back to past
Credits

Edited : YOUR NAME
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google