Jadilah seperti sehelai daun..
Saturday, 4 February 2012 • 11:15 • 0 comments
Daun..berwarna hijau..mempunyai batang,akar dan adakalanya mempunyai bunga..itu hanyalah yang kita boleh lihat melalui pandangan mata kasar..jika dilihat dari mata hati..apa yang boleh kita simpulkan ?
Allah berfirman dalam surah Yaasin yang bermaksud :
yaitu (Allah)yang menjadikan api untukmu dari kayu yang hijau,maka ketika itu kamu nyalakan (api) dari kayu itu
Berdasarkan tafsir,yang dimaksudkan api tersebut adalah MATAHARI.. manakala hijau itu pula merujuk kepada DAUN..apakah kesinambungan dua identiti ini?
merujuk kepada proses Fotosintesis,kita semua sedia maklum bahawa daun memerlukan cahaya matahari bagi menghasilkan proses fotosintesis...Matahari mempunyai 7 jenis warna...
tetapi adakah kita semua mengetahui bahawa daun hanya menyerap warna HIJAU sahaja..maka terjadilah warna daun tersebut warna HIJAU...haihh..APA FALSAFAH DALAM CERITA INI?
Begitulah..jika kita tafsirkan MANUSIA itu sebagai DAUN..CUBAAN & DUGAAN itu pula pengganti kepada UV-RAYS..maka kita akan dapati kita seharusnya bijak memilih 'warna' bagi membentuk diri kita..tidak perlu terikut-ikut dalam melakukan suatu perkara..biar..biar kita lakukan sesuatu itu dengan ikhlas..kerana IKHLAS ITU UMPAMA SEMUT HITAM YANG BERJALAN PADA WAKTU TENGAH MALAM..sungguh susah diduga orang yang betul-betul melakukan perkara dengan ikhlas..
JADILAH MU'MIN YANG SEBENAR :D
Wallahua'lam
p/s:Terima Kasih kepada Ustazah Norazlina Bt. Kambali kerana mencurahkan ilmu ini ketika BICARA NISA' pada hari jumaat yang lepas..Jasamu kukenang..insyaAllah :D
xoxo, The Shining Star
About Me

«
«
«
Music Of Me
[!] IMPORTANT [!]
Back to past
Credits

Edited : YOUR NAME
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google