Dashboard | +Follow
Like A Paradise
Menjadi seorang Fathimah Bt. Rasulullah
Thursday, 5 January 2012 • 18:18 • 0 comments

Fathimah Bt. Rasulullah..indah namanya..apatah lagi perlakuannya..marilah kita sama-sama menyelusuri sejarah seorang mu'minah ini..jika kita tidak mampu mnjadi 100% sepertinya..sekurang-kurangnya kita mencuba untuk mnjadi yg terbaik...tidak salah kan?Marilah sama-sama kita menyelusuri kisah Wanita Terulung ini..

Fatimah r.ha diberi gelaran ‘az-Zahraa’ yang bermaksud “Yang Menawan”. Ini disebabkan wajahnya yang berseri-seri seakan mengeluarkan cahaya. Apabila beliau menunaikan solat, mihrab di hadapannya dikatakan memantulkan cahaya dari wajahnya. Beliau juga turut digelar ‘al-Batul’ disebabkan sifat syadidnya. Beliau jarang menghabiskan masa bersama wanita-wanita lain. Sebaliknya beliau menggunakan masa yang ada untuk menunaikan solat, membaca al-Quran serta melakukan ibadat-ibadat lain.

Fatimah r.ha memiliki ciri-ciri mirip bapanya, Rasulullah s.a.w. Aisyah isteri baginda pernah berkata : ‘Aku tidak melihat makhluk ciptaan Allah yang menyerupai Rasulullah dari segi bercakapan, perbualan dan perlakuan kecuali Fatimah r.ha Apabila Rasulullah nampak Fatimah r.ha datang kepadanya, baginda akan mengalu-alukannya, bangun lalu mengucup tangannya, memimpinnya dan mendudukkan beliau di tempat baginda. Fatimah r.ha akan melakukan perkara yang sama apabila Rasulullah datang kepadanya. Beliau akan bangun dan menerima baginda dengan gembira dan mencium baginda.

Perlakuannya yang sopan dan percakapannya yang lemah lembut merupakan sebahagian dari keperibadian Fatimah r.ha yang indah dan disegani. Beliau sangat pemurah terhadap fakir miskin dan sangat mudah menyedekahkan apa jua yang dimiliki untuk membantu golongan ini meskipun beliau sendiri kelaparan. Beliau tidak sesekali menginginkan perhiasan dunia atau keselesaan dan kemewahan hidup. Fatimah r.ha hidup penuh tawaddhuk, namun ada ketikanya ketahan beliau tercabar dalam mengahadapi dugaan yang mendatang.

Fatimah r.ha mewarisi kelembutan lidah dalam berkata-kata yang berpunca dari ketinggian ilmu. Apabila beliau berucap, kata-katanya mampu menyentuh hati para pendengarnya sehinggakan menitiskan airmata. Beliau dikurniakan bakat dan kebersihan hati yang membolehkannya menggerak dan mendekatkan hati orang ramai kepada mengagungkan Allah s.w.t dan mensyukuri nikmatNya yang tidak terbatas..

Kisah perkahwinannya yang sederhana tetapi Bahagia . .
Fatimah r.ha tinggal di Madinah bersama bapanya di sebuah rumah kecil yang dibina Rasulullah bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Pada tahun kedua Hijrah, Fatimah r.ha menerima beberapa lamaran perkahwinan melalui bapanya, dan dua daripada lamaran tersebut ditolak. Kemudian Ali bin Abi Talib berjaya menguatkan semangatnya lalu bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dengan lamaran untuk mengahwini Fatimah r.ha. Namun begitu, Ali menjadi gementar ketika berhadapan dengan baginda Rasulullah lalu tidak dapat menyuarakan hajatnya. Beliau hanya tunduk ke bawah tanpa berkata-kata. Lalu Rasulullah pun bertanya : ‘Apakah tujuan kau ke mari? Adakah kau memerlukan sesuatu?’ Ali masih belum dapat bersuara maka Rasulullah s.a.w. pun mencadangkan; ‘Adakah engkau datang untuk melamar Fatimah r.ha?’
‘Ya,’ jawab Ali. Dengan itu, menurut sesetangah riwayat, baginda Rasulullah hanya menjawab : ‘Marhaban wa ahlan – Selamat datang ke dalam keluargaku,’ dan jawapan ini diterima oleh Ali dan sekumpulan orang Ansar yang menunggunya di luar rumah sebagai penerimaan Rasulullah terhadap lamaran tersebut. Satu riwayat lain melaporkan bahawa Rasulullah telah menerima lamaran Ali itu dan bertanya kepada Ali sekiranay dia mempunyai sesuatu yang boleh dijadikan sebagai mahr. Ali menjawab tidak. Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa beliau mempunyai sebuah perisai yang boleh dijual.
Lalu Ali menjual perisai tersebut kepada Uthman dengan harga empat ratus dirham. Namun ketika sedang menuju ke rumah Rasulullah untuk menyerahkan mahr tersebut, Uthman berkata kepadanya : ‘Aku memulangkan perisai ini kepada engkau sebagai hadiah sempena perkahwinan engkau kepada Fatimah r.ha.’ Dengan itu, Fatimah r.ha dan Ali telah dinikahkan kemungkinan sekali pada awal tahun kedua Hijrah.
Umur Fatimah r.ha pada ketika itu lebih kurang sembilan belas tahun manakala Ali berusia lebih kurang dua puluh satu tahun. Upacara akad nikah telah dilakukan oleh baginda Rasulullah sendiri. Pada upacara walimah pula, para tetamu dihidangkan dengan buah tamar, tiin dan hais (hidangan tamar bercampur lemak mentega). Seorang lelaki ansar yang terkemuka telah menyedahkan seekor kambing manakala beberapa orang yang lain menawarkan gandum sebagai hadiah. Seluruh Madinah meraikan hari yang bahagia itu.

Subhanallah !

xoxo, The Shining Star



About Me

Hadfina Sarfina | SPM candidate | Wanna be the best among the best | Try not feel regret or might sad | Try to be a solehah person



« Go back to entries
« Look her profile
« Anything here

Music Of Me


[!] IMPORTANT [!]


Back to past



Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : YOUR NAME
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google