hidup mesti ikhlas !
Saturday, 7 January 2012 • 19:55 • 0 comments
Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.
Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas;
Membantu seseorang sambil berkata,
"Ambillah, saya ikhlas."
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,
"Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak."
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
"Yang Ikhlas."
Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.seringkali kita menyangka orang yang berkata ' takpelah saye ikhlas' mungkin terdetik dalam hati kita buat seketika 'eh,dia ni ikhlas ataupun tidak ; kan orang yang ikhlas tidaklah perlu menghebohkan keikhlaskan?'....begitulah..tapi kita sebagai seorang manusia tidak perlulah menilai seseorang hanya melalui percakapannya sahaja...mungkin dengan cara sedemikian orang baru akan menerima segala pemberiannnya..tidak salah bukan..dont judge people around you by its cover..BE POSITIVE !
xoxo, The Shining Star
About Me

«
«
«
Music Of Me
[!] IMPORTANT [!]
Back to past
Credits

Edited : YOUR NAME
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google